Tuesday, October 16, 2012

...setelah sekian lama... Akhirnya...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada anda semua....

Maaf kerana sudah lama kami tidak mengemaskini maklumat berkaitan. Sebagai pembuka bicara, kami muat naik beberapa gambar produk2 terkini yang kami ada....





Kepada anda yang masih belum "Like" fanpage El Humaira di facebook, segeralah lakukannya kerana anda boleh mendapatkan perkembangan dan informasi dari kami dengan lebih pantas lagi...

Terima kasih dia atas sokongan anda semua....  & jangan lupa nantikan maklumat dan gambar2 produk batik dari kami dalam tempoh terdekat ini...

Wassalam...

Sunday, July 29, 2012

Promosi Aidil Fitri

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Sempena Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi, sukacita kami maklumkan kepda semua penggemar dan pelanggan produk El Humaira bahawa kami kini membuat promosi jualan Aidil Fitri di beberapa kawasan.

1) Kami kini berada di AeON Seremban 2 dari 24 Julai - 4 Ogos 2012. Booth kami berhadapan dengan butik GUESS dan kedai kasut BATA.




2) Selain Seremban 2, El Huamaira juga membuka sebuah booth di New Wing, 1 Utama Shopping Centre, Damansara. Booth kami di laluan ke Cold Storage, berhadapan kedai kasut Crocs dan butik VOIR Gallery. Kami akan berada di sini dari 27 Julai - 18 Ogos (malam hari Raya).


3) Kami juga akan berada di Kompleks Kraf, Jalan Conlay dari 1 Ogos - 12 Ogos 2012.

Pada anda yang berada di kawasan sekitar, silalah berkunjung ke booth promosi jualan kami dan dapatkan produk El Humaira pada harga yang sungguh istimewa.

Akhir dari kami, selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan ini kita semua mendapat kebahagian, keampunan dan pembebasan dari api neraka. Inshaallah.





Tuesday, July 17, 2012

PART-TIME SALES PERSON WANTED...

Hi to all,

We are looking for part-time staff who can work in Damansara/ PJ area for this Ramadhan month. Please email us at : butikelhumaira@gmail.com, or call 0341318088 (Pn. Ira) or come direct to our boutique in Danau Kota Setapak for interview.

Wednesday, July 11, 2012

Promosi Jualan Ramadhan & Syawal 2012...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Nampaknya tidak lama lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadhan & Syawal. Sudah pastinya persiapan untuk menyambut kedua-dua bulan ini sedang, telah dan akan dilakukan oleh kita semua dari masa ke semasa.

Kami di El Humaira juga telah merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti sempena menyambut kedatangan kedua2 bulan ini. Antara aktiviti tersebut adalah mengadakan jualan promosi dengan diskaun dan harga yang sungguh istimewa kepada anda semua.

Inshaallah, kami akan berada di Kompleks Kraf, Jalan Conlay dan sebuah pusat membeli belah bagi tujuan tersebut. Nantikan makluman daripada kami dari masa ke semasa.

Disamping itu, bagi semua pemegang kad keahlian kami, potongan harga yang sungguh istimewa menanti anda semua sempena jualan promosi ini.... Tunggu makluman dari kami yer... :)

p/s: Promosi Aidil Fitri di Kompleks Kraf nanti akan disertakan dengan solat Tarawikh secara berjemaah di sana.. 

Wednesday, June 20, 2012

El Humaira @ Promosi Kerja Kahwin

Hi to all... kalau anda semua berkelapangan atau berkebetulan berada di sekitar Kompleks Kraf, Jalan Conlay, KL... apa kata anda singgah sebentar dan berkunjung ke booth kami bersempena dengan Promosi Kerja Kahwin 2012 yang sedang berlangsung dari 20 Jun - 2 Julai 2012. (jam 10pg - 10mlm)

Pelbagai aktiviti dan jualan berkaitan kerja kahwin di pamer dan dijual di sini. Sambil anda menjamu mata, anda boleh juga berkunjung dan membeli belah di booth no BT36... booth siapa lagi kalau bukan booth El Humaira.

Bersempena dengan promosi ini juga kami menawarkan potongan sehingga 30% dari harga biasa. Selain itu, bagi anda yang hendak membeli baju kurung sutera batik, harga yang ditawarkan adalah serendah RM299.00 sahaja.

Ayuh segera dapatkannya, sementara stok masih ada.

Saturday, June 16, 2012

El Humaira dalam majalah KELUARGA Julai 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera semua... kali ini koleksi El Humaira telah diterbitkan pula dalam majalah KELUARGA edisi Julai 2012. Jom dapatkan senaskhah sekarang, dan lihatlah hasil koleksi kami yang terkini, khusus untuk sambutan Syawal tahun ini.


Kurung moden sutera satin yang serba mewah dan ekslusif (model duduk) dipadankan dengan tudung dua layer koleksi El Humaira. Begitu juga dengan kaftan mini sutera chiffon dua lapis yang dijahit dengan sulaman manik dibahagian bahu kiri dan kanan. Padanan dengan kain sutera crepe potongan "bias cut" menambahkan lagi keanggunan si pemakainya.

Kaftan sutera crepe dengan kemasan manik dibahagian tengah nampak ringkas tetapi elegan.

Kurta sutera crepe (model duduk) dengan lukisan corak bermotif flora dengan latar dwi-warna yang lembut menambahkan lagi keayuaan wajah gadis yang menggayakannya. Manakala baju kurung moden sutera satin hitam dengan kemasan sulaman manik dan mutiara yang sungguh cantik, sesuai untuk menjadi pilihan bagi mereka yang inginkan keanggunan dan keayuan di majlis-majlis yang dihadirinya.

Inilah koleksi terbaru El Humaira. Ilham dari dress ala Inggeris yang sungguh menawan. Batik sutera crepe dipadankan dengan satin menyerlahkan lagi rekaan yang serba ekslusif ini. Jahitan dan sulaman manik di bahagian pinggang menjadikan rekaan ini nampak lebih anggun dan hebat.

Monday, June 4, 2012

Advertising - Harian Metro

Ini adalah antara koleksi produk batik yang kami jual di El Humaira. Kebanyakan produk batik tersebut adalah siap dijahit menjadi pakaian berfesyen. Kombinasi rona warna yang pelbagai, dengan hasil lukisan tangan yang menarik menjadikan produk El Humaira suatu produk batik yang anggun dan sesuai untuk dipakai oleh semua.

Kurung moden dengan jahitan manik dan labuci yang digayakan oleh si gadis adalah sangat sesuai untuk dipakai oleh sesiapa sahaja. Warna ungu terang dan gelap menyerlahkan hasil lukisan bermotifkan flora. Manakala kemeja batik yang digayakan oleh lelaki ini pula mempunyai lukisan dengan motif daun yang ringkas, dan warna hijau muda yang lembut. Pun begitu, si pemakainya tetap nampak segak dan maskulin.

Baju kurta (kurung moden) dengan warna terang dan lukisan batik yang ringkas menjadikan model ini nampak semakin ayu jelita.

Kaftan dengan kemasan manik ditengah menjadi suatu kelainan kepada rekaan sedia ada di pasaran. Padanan antara kaftan dan kemeja batik yang sesuai untuk dipakai oleh pasangan yang sehati dan sejiwa.

Kaftan batik dengan lukisan batik motif flora yang sangat indah. Sesuai untuk digayakan ke majlis-majlis fromal dan separa formal.