Saturday, June 16, 2012

El Humaira dalam majalah KELUARGA Julai 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera semua... kali ini koleksi El Humaira telah diterbitkan pula dalam majalah KELUARGA edisi Julai 2012. Jom dapatkan senaskhah sekarang, dan lihatlah hasil koleksi kami yang terkini, khusus untuk sambutan Syawal tahun ini.


Kurung moden sutera satin yang serba mewah dan ekslusif (model duduk) dipadankan dengan tudung dua layer koleksi El Humaira. Begitu juga dengan kaftan mini sutera chiffon dua lapis yang dijahit dengan sulaman manik dibahagian bahu kiri dan kanan. Padanan dengan kain sutera crepe potongan "bias cut" menambahkan lagi keanggunan si pemakainya.

Kaftan sutera crepe dengan kemasan manik dibahagian tengah nampak ringkas tetapi elegan.

Kurta sutera crepe (model duduk) dengan lukisan corak bermotif flora dengan latar dwi-warna yang lembut menambahkan lagi keayuaan wajah gadis yang menggayakannya. Manakala baju kurung moden sutera satin hitam dengan kemasan sulaman manik dan mutiara yang sungguh cantik, sesuai untuk menjadi pilihan bagi mereka yang inginkan keanggunan dan keayuan di majlis-majlis yang dihadirinya.

Inilah koleksi terbaru El Humaira. Ilham dari dress ala Inggeris yang sungguh menawan. Batik sutera crepe dipadankan dengan satin menyerlahkan lagi rekaan yang serba ekslusif ini. Jahitan dan sulaman manik di bahagian pinggang menjadikan rekaan ini nampak lebih anggun dan hebat.

1 comment: