Wednesday, July 11, 2012

Promosi Jualan Ramadhan & Syawal 2012...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Nampaknya tidak lama lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadhan & Syawal. Sudah pastinya persiapan untuk menyambut kedua-dua bulan ini sedang, telah dan akan dilakukan oleh kita semua dari masa ke semasa.

Kami di El Humaira juga telah merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti sempena menyambut kedatangan kedua2 bulan ini. Antara aktiviti tersebut adalah mengadakan jualan promosi dengan diskaun dan harga yang sungguh istimewa kepada anda semua.

Inshaallah, kami akan berada di Kompleks Kraf, Jalan Conlay dan sebuah pusat membeli belah bagi tujuan tersebut. Nantikan makluman daripada kami dari masa ke semasa.

Disamping itu, bagi semua pemegang kad keahlian kami, potongan harga yang sungguh istimewa menanti anda semua sempena jualan promosi ini.... Tunggu makluman dari kami yer... :)

p/s: Promosi Aidil Fitri di Kompleks Kraf nanti akan disertakan dengan solat Tarawikh secara berjemaah di sana.. 

No comments:

Post a Comment