Assalamualaikum & Salam Sejahtera....
Nampaknya tidak lama lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadhan & Syawal. Sudah pastinya persiapan untuk menyambut kedua-dua bulan ini sedang, telah dan akan dilakukan oleh kita semua dari masa ke semasa.
Kami di El Humaira juga telah merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti sempena menyambut kedatangan kedua2 bulan ini. Antara aktiviti tersebut adalah mengadakan jualan promosi dengan diskaun dan harga yang sungguh istimewa kepada anda semua.
Inshaallah, kami akan berada di Kompleks Kraf, Jalan Conlay dan sebuah pusat membeli belah bagi tujuan tersebut. Nantikan makluman daripada kami dari masa ke semasa.
Disamping itu, bagi semua pemegang kad keahlian kami, potongan harga yang sungguh istimewa menanti anda semua sempena jualan promosi ini.... Tunggu makluman dari kami yer... :)
p/s: Promosi Aidil Fitri di Kompleks Kraf nanti akan disertakan dengan solat Tarawikh secara berjemaah di sana..
Wednesday, July 11, 2012
Wednesday, June 20, 2012
El Humaira @ Promosi Kerja Kahwin
Hi to all... kalau anda semua berkelapangan atau berkebetulan berada di sekitar Kompleks Kraf, Jalan Conlay, KL... apa kata anda singgah sebentar dan berkunjung ke booth kami bersempena dengan Promosi Kerja Kahwin 2012 yang sedang berlangsung dari 20 Jun - 2 Julai 2012. (jam 10pg - 10mlm)
Pelbagai aktiviti dan jualan berkaitan kerja kahwin di pamer dan dijual di sini. Sambil anda menjamu mata, anda boleh juga berkunjung dan membeli belah di booth no BT36... booth siapa lagi kalau bukan booth El Humaira.
Bersempena dengan promosi ini juga kami menawarkan potongan sehingga 30% dari harga biasa. Selain itu, bagi anda yang hendak membeli baju kurung sutera batik, harga yang ditawarkan adalah serendah RM299.00 sahaja.
Ayuh segera dapatkannya, sementara stok masih ada.

Saturday, June 16, 2012
El Humaira dalam majalah KELUARGA Julai 2012
Assalamualaikum & salam sejahtera semua... kali ini koleksi El Humaira telah diterbitkan pula dalam majalah KELUARGA edisi Julai 2012. Jom dapatkan senaskhah sekarang, dan lihatlah hasil koleksi kami yang terkini, khusus untuk sambutan Syawal tahun ini.
Kurung moden sutera satin yang serba mewah dan ekslusif (model duduk) dipadankan dengan tudung dua layer koleksi El Humaira. Begitu juga dengan kaftan mini sutera chiffon dua lapis yang dijahit dengan sulaman manik dibahagian bahu kiri dan kanan. Padanan dengan kain sutera crepe potongan "bias cut" menambahkan lagi keanggunan si pemakainya.
Kaftan sutera crepe dengan kemasan manik dibahagian tengah nampak ringkas tetapi elegan.
Kurta sutera crepe (model duduk) dengan lukisan corak bermotif flora dengan latar dwi-warna yang lembut menambahkan lagi keayuaan wajah gadis yang menggayakannya. Manakala baju kurung moden sutera satin hitam dengan kemasan sulaman manik dan mutiara yang sungguh cantik, sesuai untuk menjadi pilihan bagi mereka yang inginkan keanggunan dan keayuan di majlis-majlis yang dihadirinya.
Inilah koleksi terbaru El Humaira. Ilham dari dress ala Inggeris yang sungguh menawan. Batik sutera crepe dipadankan dengan satin menyerlahkan lagi rekaan yang serba ekslusif ini. Jahitan dan sulaman manik di bahagian pinggang menjadikan rekaan ini nampak lebih anggun dan hebat.
Monday, June 4, 2012
Advertising - Harian Metro
Ini adalah antara koleksi produk batik yang kami jual di El Humaira. Kebanyakan produk batik tersebut adalah siap dijahit menjadi pakaian berfesyen. Kombinasi rona warna yang pelbagai, dengan hasil lukisan tangan yang menarik menjadikan produk El Humaira suatu produk batik yang anggun dan sesuai untuk dipakai oleh semua.
Kurung moden dengan jahitan manik dan labuci yang digayakan oleh si gadis adalah sangat sesuai untuk dipakai oleh sesiapa sahaja. Warna ungu terang dan gelap menyerlahkan hasil lukisan bermotifkan flora. Manakala kemeja batik yang digayakan oleh lelaki ini pula mempunyai lukisan dengan motif daun yang ringkas, dan warna hijau muda yang lembut. Pun begitu, si pemakainya tetap nampak segak dan maskulin.
Baju kurta (kurung moden) dengan warna terang dan lukisan batik yang ringkas menjadikan model ini nampak semakin ayu jelita.
Kaftan dengan kemasan manik ditengah menjadi suatu kelainan kepada rekaan sedia ada di pasaran. Padanan antara kaftan dan kemeja batik yang sesuai untuk dipakai oleh pasangan yang sehati dan sejiwa.
Kaftan batik dengan lukisan batik motif flora yang sangat indah. Sesuai untuk digayakan ke majlis-majlis fromal dan separa formal.
Thursday, May 24, 2012
Koleksi el Zahra
Koleksi el Zahra merupakan antara koleksi awal dan mendapat permintaan secara berterusan dari para pembeli kami. Kehalusan lukisan tangan menggunakan teknik "brush" dan penggunaan warna-warna pastel yang lembut menambah lagi kecantikan produk-produk dalam koleksi el Zahra kami.
Jubah, dress labuh, kaftan dan kurta (kurung moden dengan potongan kain jenis "bias cut") adalah antara produk-produk dalam koleksi kami ini. Sebahagian daripada koleksi tersebut kami paparkan di blog ini. Tetapi untuk kepuasan dan variasi produk yang lain, silalah berkunjung ke butik El Humaira di Platinum Walk, Danau Kota, Setapak. Semoga koleksi el Zahra ini mampu memenuhi citarasa dan memberi kelainan hasil produk batik kepada anda semua.... :)
kurta crepe (lengan di alas dengan sutera chiffon), bahagian kain "full lining"
mini kurta crepe (style kurung kedah)
Jubah, dress labuh, kaftan dan kurta (kurung moden dengan potongan kain jenis "bias cut") adalah antara produk-produk dalam koleksi kami ini. Sebahagian daripada koleksi tersebut kami paparkan di blog ini. Tetapi untuk kepuasan dan variasi produk yang lain, silalah berkunjung ke butik El Humaira di Platinum Walk, Danau Kota, Setapak. Semoga koleksi el Zahra ini mampu memenuhi citarasa dan memberi kelainan hasil produk batik kepada anda semua.... :)
mini kurta crepe (style kurung kedah)jubah crepe (lengan di alas dengan kain sutera chiffon)
jubah crepe (lengan di alas dengan kain sutera chiffon)
Sunday, May 20, 2012
El Humaira dalam majalah NONA Jun 2012
...Assalamualaikum & salam sejahtera kepada rakan-rakan semua... Dapatkanlah senaskhah majalah NONA edisi Jun 2012, dan baca mengenai kami dalam ruangan "Butik Pilihan". Bagi menghargai anda semua & para pembaca majalah NONA, kami di El Humaira memberikan potongan sehingga 20% untuk setiap pembelian di butik kami.
"Pesona Batik El Humaira".... bukan sekadar satu tagline, kerana kami harap anda benar-benar menggemari dan terpesona dengan keindahan, kehalusan, keselesaan dan kualiti produk batik yang kami jual...
Friday, May 11, 2012
Koleksi tahun 2010...
Ini antara koleksi fesyen batik yang mula2 kami jual suatu ketika dahulu. Biarpun rekaan batik ini mula-mula dikeluarkan pada tahun 2010, tapi kami masih lagi menerima tempahan untuk membuat/ menjual rekaan-rekaan ini.

Kaftan sutera crepe dengan tali di dalam adalah diantara produk tersebut. Ia sesuai untuk dipakai pada majlis rasmi atau tidak rasmi.

Kurung moden dengan kain "bias cut". Sangat selesa untuk dipakai.
Si gadis nampak ayu memakai kurta dengan lukisan bunga sakura bewarna pink lembut...

Subscribe to:
Posts (Atom)