Monday, June 4, 2012

Advertising - Harian Metro

Ini adalah antara koleksi produk batik yang kami jual di El Humaira. Kebanyakan produk batik tersebut adalah siap dijahit menjadi pakaian berfesyen. Kombinasi rona warna yang pelbagai, dengan hasil lukisan tangan yang menarik menjadikan produk El Humaira suatu produk batik yang anggun dan sesuai untuk dipakai oleh semua.

Kurung moden dengan jahitan manik dan labuci yang digayakan oleh si gadis adalah sangat sesuai untuk dipakai oleh sesiapa sahaja. Warna ungu terang dan gelap menyerlahkan hasil lukisan bermotifkan flora. Manakala kemeja batik yang digayakan oleh lelaki ini pula mempunyai lukisan dengan motif daun yang ringkas, dan warna hijau muda yang lembut. Pun begitu, si pemakainya tetap nampak segak dan maskulin.

Baju kurta (kurung moden) dengan warna terang dan lukisan batik yang ringkas menjadikan model ini nampak semakin ayu jelita.

Kaftan dengan kemasan manik ditengah menjadi suatu kelainan kepada rekaan sedia ada di pasaran. Padanan antara kaftan dan kemeja batik yang sesuai untuk dipakai oleh pasangan yang sehati dan sejiwa.

Kaftan batik dengan lukisan batik motif flora yang sangat indah. Sesuai untuk digayakan ke majlis-majlis fromal dan separa formal.

No comments:

Post a Comment