Monday, April 1, 2013

Kain Pasang Batik design QASEH

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kali ini kami ingin share dengan anda semua kain pasang batik design terbaru yang dinamakan QASEH.

*Design terkini dan ekslusif
*Material crepe silk yang lembut, selesa dan mudah digosok
*Normal price RM499.00, promo price utk belian online sekarang hanya RM350.00 (inclusive postage bg semenanjung Malaysia)
*Bagi yang berminta, sila email kami di butikelhumaira@gmail.com atau hubungi kami di 0199819468 (Pn.Ira).

Thursday, March 14, 2013

Assalamualaikum wbt...

Berita gembira untuk semua rakan fb El Humaira. Oleh kerana ramai dikalangan rakan2 fb dan pemegang kad keahlian yang tidak berkesempatan untuk berkunjung dan membeli di booth kami semasa Hari Kraf Kebangsaan tempoh hari, kami telah melanjutkan jualan dengan harga promosi yg sama sehingga 30 Mac 2013.

Datanglah ke butik kami di Danau Kota, Setapak dan membeli belahlah dengan harga promosi yang sungguh istimewa.

Rugi kalau tak datang,.....jangan lupa ajak rakan2 atau saudara mara anda yg lain.

Wednesday, January 23, 2013

Buat DUIT bersama El Humaira.

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Kami di El Humaira sedang mencari rakan agen @ pengedar yang berminat untuk menjalankan perniagaan batik bersama kami. Caranya adalah amat mudah sekali. Ada 2 cara bagaiamana anda boleh menjana pendapatan bersma kami...:

1) Menjadi agen/ pengedar biasa. Dengan cara ini, anda perlu mengeluarkan modal bagi membeli produk batik El Humaira pada harga borong. Insha Allah , pulangan untung kasar yang anda akan perolehi adalah diantara 40%  - 100% dari modal yang anda keluarkan.

2) Mencari pelanggan untuk projek tempahan uniform. Tempahan beoleh diperolehi samada dari sekolah, jabatan2 kerajaan, firma korporat dsb. Anda hanya perlu memperkenalkan pihak tersebut kepada kami, dan kami sendiri yang akan melakukan presentation produk batik yang diinginkan. Sekiranya berjaya, anda akan dibayar komisyen berdasarkan jumlah kuantiti dan jenis batik yang ditempah. Sebagai contoh, jika komisyen untuk sehelai batik adalah RM15.00 dan jumlah yang ditempah adalah 100 helai, keseluruhan komisyen kepada anda adalah RM1500.

Nah, kepada anda yang minat berniaga, atau ingin menambah pendapatan, apa kata anda rebut peluang ini bersama kami di El Humaira.

Lagi cepat anda bertindak, lagi cepat anda menambah pendapatan.

Berminat, hubungi kami di: 0196188861 (Hj Amat), 0199128468 (Lokman) atau email ke: butikelhumaira@gmail.com


Tuesday, January 22, 2013

MEMBERS SALE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada anda semua...

Berita baik khususnya kepada pemegang kad keahlian El Humaira. Pada 25/1 - 27/1/2013 (Jumaat - Ahad), El Humaira akan mengadakan jualan penghargaan kepada anda semua. Bagi pemegang kad keahlian El Humaira, anda boleh mendapatkan potongan sehingga 50% diskaun* bagi produk-produk batik seperti baju kurung sutera dan lain lain lagi. Jangan lepaskan peluang keemasan ini..... hanya untuk anda.






p/s: bagi yang bukan ahli, anda juga dijemput untuk hadir bersama bagi membeli produk batik kami. Diskaun istimewa menanti anda.


* T&C apply.


Thursday, January 3, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada anda semua... Mudah2an hari Jumaat yang penuh barakah ini kita semua mendapat keberkatan dan dipermudahkan dalam semua urusan kerja kita.

Hari ini, kami di El Humaira ingin memperkenalkan kepada anda semua koleksi terbaru kami yang diperbuat daripada material cotton yang lembut dan selesa untuk dipakai. Masih lagi berasaskan batik, koleksi batik cotton ini memberikan anda pilihan untuk memiliki koleksi batik kami pada harga yang rendah, tetapi masih selesa, cantik dan menawan.

Memperkenalkan kepada anda semua, koleksi batik cotton dari kami di El Humaira......
 
p/s: Kami membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan bersama kami.... nak tahu caranya? Hubungi kami untuk maklumat lanjut...
 

Tuesday, December 11, 2012

Mengintai fesyen batik di tahun 2013...

Assalamualaikum & salam sejahtera semua... kita bersua lagi dalam penulisan kali ini. Dalam diam tak diam, kita sebenarnya telah hampir ke penghujung tahun 2012. ... Tahun 2013 bakal menyusul dalam beberapa hari lagi.

Bagi penggemar2 fesyen terutamanya, setiap kedatangan tahun yang baru membawa erti lebih banyak fesyen-fesyen baru akan muncul.... atau mungkin juga fesyen-fesyen lama muncul kembali dengan sedikit pengubahan, selari dengan perkembangan fesyen semasa. Justeru, kami di El Humaira juga tidak ketinggalan untuk sebaik mungkin melakukan pelbagai R&D untuk menghasil dan mengeluarkan produk-produk fesyen yang menarik berasaskan batik.

Kami berharap, fesyen atau produk-produk batik yang kami keluarkan pada masa akan datang ini menepati citarasa pelanggan kami. Dan jika di izinkan Allah, mudah-mudahan rekaan fesyen kami itu membantu ramai orang yang ingin kelihatan anggun dan cantik berpakaian batik, dengan kualiti kain dan jahitan yang selesa.

* Peplum yang dihasilkan dengan material sutera chiffon asli yang lembut, bersama kemasan manik yang ekslusif
Disamping itu, lebih banyak lagi fesyen-fesyen batik tersebut akan diserikan dengan kemasan manik, mutiara, atau pun batu swarovski.

 Biar apa pun pilihan fesyen batik yang anda inginkan, kami di El Humaira akan sedaya upaya untuk memenuhinya..... kerana bermula sekarang, butik kami di Platinum Walk, Danau Kota, Setapak, KL bersedia untuk menerima tempahan jahitan pakaian dan manik.... mengikut ukuran, rekaan fesyen baju dan manik, serta warna batik yang anda ingini. Lebih menarik lagi, kami menerima tempahan secara dalam talian, jika anda tidak berkesempatan untuk datang sendiri ke butik...

Kami di El  Humaira ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelanggan El Humaira dari serata Malaysia yang selama ini banyak menyokong dan terus-terusan membeli produk kami. Tahun 2013 nanti, layanan kami akan tetap mesra seperti sekarang. Begitu juga dengan fesyen batik yang kami persembahkan.. lebih cantik, lebih anggun, lebih menarik. Seperti biasa, jika anda ada sebarang pertanyaan atau komen berkenaan produk/ servis kami, sila emailkan ke: butikelhumaira@gmail.com. 

 * Dress batik yang digabungkan dengan kain kashebo yang lembut, bersama kemasan manik yang ekslusif 





 "Our Service, Our Product, Your Satisfaction..."
  

Friday, December 7, 2012

El Humaira di Fashion Show, Malam Jalinan Kasih -KDN Putrajaya

Gambar-gambar sekitar mini fashion show, Malam Jalinan Kasih - Kementerian Dalam Negeri di Dewan Seri Melati, Perbadanan Putrajaya....