Wednesday, November 7, 2012

Bengkel & Demonstrasi Mencanting Batik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua...

Sebagaimana yang dimaklumkan di Page FB kami, pada hari Sabtu ini (10/11/2012), kami akan mengadakan sesi demonstrasi melukis dan mencanting batik. Sesi demonstrasi ini akan bermula Inshaallah pada jam 10.30 pagi. Kepada yang tinggal di kawasan Seremban atau yang berhampiran, dipersilakan hadir pada hari dan waktu tersebut untuk melihat sendiri bagaimana batik El Humaira dihasilkan... Jangan lepaskan peluang ini ok....

Bagi yang ingin hadir, inlah alamat galeri kami:

       Galeri El Humaira
       No.2,  Jalan RK 3/29 Rasah Kemayan, 70300 Seremban 2, N. Sembilan

Jumpa nanti yer..... :)


Saturday, October 20, 2012

JAWATAN KOSONG: PELUKIS & PENCANTING BATIK

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Buat makluman, oleh kerana El Humaira mendapat tempahan belian yang tinggi daripada para pelanggan kami, jueteru kami memerlukan tambahan pelukis dan pencanting batik untuk bekerja dengan kami.

Lokasi bengkel batik kami yang baru adalah di kawasan Seremban 2. Manfaat yang diberikan selain gaji adalah elaun perubatan, caruman KWSP & PERKESO dan beberapa lagi elaun lain.

Sila hubungi kami di talian 012-2293897 (LOKMAN) untuk maklumat lebih lanjut.

P/S: Yang tidak mempunyai pengalaman juga boleh memohon.

Tq.

Thursday, October 18, 2012

KOLEKSI KAFTAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera pada semua....

Kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda semua sebahagian daripada koleksi kaftan sutera kami yang nampak ringkas, tetapi elegan dan menarik. Sudah pastinya kaftan ini sesuai untuk dipakai di majlis-majlis rasmi atau tidak... Yang penting, anda pasti nampak anggun bila memakainya...














.... Sebagaimana biasa, kaftan ini adalah dari material Crepe Silk yang selesa dipakai, senang untuk digosok dan cantik untuk digayakan... Ayuh, silalah berkunjung ke butik kami atau boleh beli secara online dengan menghubungi kami samada melalui email atau telefon... :)

p/s: harga istimewa untuk promosi hujung tahun 2012 ini..

Tuesday, October 16, 2012

...setelah sekian lama... Akhirnya...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada anda semua....

Maaf kerana sudah lama kami tidak mengemaskini maklumat berkaitan. Sebagai pembuka bicara, kami muat naik beberapa gambar produk2 terkini yang kami ada....





Kepada anda yang masih belum "Like" fanpage El Humaira di facebook, segeralah lakukannya kerana anda boleh mendapatkan perkembangan dan informasi dari kami dengan lebih pantas lagi...

Terima kasih dia atas sokongan anda semua....  & jangan lupa nantikan maklumat dan gambar2 produk batik dari kami dalam tempoh terdekat ini...

Wassalam...

Sunday, July 29, 2012

Promosi Aidil Fitri

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Sempena Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi, sukacita kami maklumkan kepda semua penggemar dan pelanggan produk El Humaira bahawa kami kini membuat promosi jualan Aidil Fitri di beberapa kawasan.

1) Kami kini berada di AeON Seremban 2 dari 24 Julai - 4 Ogos 2012. Booth kami berhadapan dengan butik GUESS dan kedai kasut BATA.




2) Selain Seremban 2, El Huamaira juga membuka sebuah booth di New Wing, 1 Utama Shopping Centre, Damansara. Booth kami di laluan ke Cold Storage, berhadapan kedai kasut Crocs dan butik VOIR Gallery. Kami akan berada di sini dari 27 Julai - 18 Ogos (malam hari Raya).


3) Kami juga akan berada di Kompleks Kraf, Jalan Conlay dari 1 Ogos - 12 Ogos 2012.

Pada anda yang berada di kawasan sekitar, silalah berkunjung ke booth promosi jualan kami dan dapatkan produk El Humaira pada harga yang sungguh istimewa.

Akhir dari kami, selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan ini kita semua mendapat kebahagian, keampunan dan pembebasan dari api neraka. Inshaallah.





Tuesday, July 17, 2012

PART-TIME SALES PERSON WANTED...

Hi to all,

We are looking for part-time staff who can work in Damansara/ PJ area for this Ramadhan month. Please email us at : butikelhumaira@gmail.com, or call 0341318088 (Pn. Ira) or come direct to our boutique in Danau Kota Setapak for interview.

Wednesday, July 11, 2012

Promosi Jualan Ramadhan & Syawal 2012...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Nampaknya tidak lama lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadhan & Syawal. Sudah pastinya persiapan untuk menyambut kedua-dua bulan ini sedang, telah dan akan dilakukan oleh kita semua dari masa ke semasa.

Kami di El Humaira juga telah merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti sempena menyambut kedatangan kedua2 bulan ini. Antara aktiviti tersebut adalah mengadakan jualan promosi dengan diskaun dan harga yang sungguh istimewa kepada anda semua.

Inshaallah, kami akan berada di Kompleks Kraf, Jalan Conlay dan sebuah pusat membeli belah bagi tujuan tersebut. Nantikan makluman daripada kami dari masa ke semasa.

Disamping itu, bagi semua pemegang kad keahlian kami, potongan harga yang sungguh istimewa menanti anda semua sempena jualan promosi ini.... Tunggu makluman dari kami yer... :)

p/s: Promosi Aidil Fitri di Kompleks Kraf nanti akan disertakan dengan solat Tarawikh secara berjemaah di sana..