Tuesday, December 11, 2012

Mengintai fesyen batik di tahun 2013...

Assalamualaikum & salam sejahtera semua... kita bersua lagi dalam penulisan kali ini. Dalam diam tak diam, kita sebenarnya telah hampir ke penghujung tahun 2012. ... Tahun 2013 bakal menyusul dalam beberapa hari lagi.

Bagi penggemar2 fesyen terutamanya, setiap kedatangan tahun yang baru membawa erti lebih banyak fesyen-fesyen baru akan muncul.... atau mungkin juga fesyen-fesyen lama muncul kembali dengan sedikit pengubahan, selari dengan perkembangan fesyen semasa. Justeru, kami di El Humaira juga tidak ketinggalan untuk sebaik mungkin melakukan pelbagai R&D untuk menghasil dan mengeluarkan produk-produk fesyen yang menarik berasaskan batik.

Kami berharap, fesyen atau produk-produk batik yang kami keluarkan pada masa akan datang ini menepati citarasa pelanggan kami. Dan jika di izinkan Allah, mudah-mudahan rekaan fesyen kami itu membantu ramai orang yang ingin kelihatan anggun dan cantik berpakaian batik, dengan kualiti kain dan jahitan yang selesa.

* Peplum yang dihasilkan dengan material sutera chiffon asli yang lembut, bersama kemasan manik yang ekslusif
Disamping itu, lebih banyak lagi fesyen-fesyen batik tersebut akan diserikan dengan kemasan manik, mutiara, atau pun batu swarovski.

 Biar apa pun pilihan fesyen batik yang anda inginkan, kami di El Humaira akan sedaya upaya untuk memenuhinya..... kerana bermula sekarang, butik kami di Platinum Walk, Danau Kota, Setapak, KL bersedia untuk menerima tempahan jahitan pakaian dan manik.... mengikut ukuran, rekaan fesyen baju dan manik, serta warna batik yang anda ingini. Lebih menarik lagi, kami menerima tempahan secara dalam talian, jika anda tidak berkesempatan untuk datang sendiri ke butik...

Kami di El  Humaira ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelanggan El Humaira dari serata Malaysia yang selama ini banyak menyokong dan terus-terusan membeli produk kami. Tahun 2013 nanti, layanan kami akan tetap mesra seperti sekarang. Begitu juga dengan fesyen batik yang kami persembahkan.. lebih cantik, lebih anggun, lebih menarik. Seperti biasa, jika anda ada sebarang pertanyaan atau komen berkenaan produk/ servis kami, sila emailkan ke: butikelhumaira@gmail.com. 

 * Dress batik yang digabungkan dengan kain kashebo yang lembut, bersama kemasan manik yang ekslusif 





 "Our Service, Our Product, Your Satisfaction..."
  

Friday, December 7, 2012

El Humaira di Fashion Show, Malam Jalinan Kasih -KDN Putrajaya

Gambar-gambar sekitar mini fashion show, Malam Jalinan Kasih - Kementerian Dalam Negeri di Dewan Seri Melati, Perbadanan Putrajaya....